Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘undangan terakhir’

Undangan Terakhir

Sudah di siapkan
Pedati putih penuh haruman
Perutusan bersama angin…
Datang bawa salam, bawa pesan
Memujuk.. membawamu pulang

Hati belum rela, Jasad tak bermaya
Bekal belum cukup, masih kontang!
Namun kata sudah memujuk
Bumi sedang menanti
Haruskah pergi?
Bisakah kembali ke sini?

Sungguh..!
Janji Tuhan itu pasti
Perkhabarannya akan datang
Kerana lambat atau cepatnya
Detik waktu yang berlalu
sedikitpun bukan di tanganmu

Kerana telah tetap di fikirmu, penuh taatmu
Dan hatimu jauh dari ragu
Terima janjiNya yang tidak pernah ingkar..
Andai perjalanan itu yang kau rindui
Undangan terakhir itu pasti
Mengukir redha di hatimu
Dan saat itu membeku bagai salju
Perlahan membawamu pergi

by: Kinoakinoz

* semoga masih sempat untuk aku menyelesaikan ramadan ini, dan masih sempat juga untuk menikmati dan meraikan aidilfitri sekali lagi…bersama mereka yang aku sayangi. Namun jika ini yang terakhir..aku mengharapkan ianya kenangan yang terindah untuk mereka yang aku tinggalkan..:)

Advertisements

Read Full Post »