Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘Quotes’ Category

Salam ramadhan al-mubharak untuk seluruh muslimin dan muslimat… Bulan taubat..bulan seribu keampunan, semoga ramadhan tahun ini memberi seribu rahmat dan berkat kepada kita semua..:) Menyambut kehadiran ramadhan setiap tahun pastinya begitu banyak ucapan-ucapan sms dilayangkan. Kadang-kadang kelakar bunyinya..kadang-kadang menyentuh jiwa dan mruntun perasaan. Apa yang pasti salam diucap sebagai tanda persaudaraan dan silaturrahim terus kekal berpanjangan..

Antaranya ucapan yang saya terima tahun ini:

1. Salam, my name is Syaaban, Im advising you that my neighbour Ramadhan will be visiting you soon with his wife Roza and 2 kids Sahur and Iftaa. They will be accompanied by 3 grandchildren – Rahmat, Berkat and Taubat. They will leave after 30 days by Eid airlines. Treasure them and you will be blessed. Deposit doa and forward to all friends. Salam ramadhan al-mubarak – (Jamylus)

2. Wahai tetamu Ramadhan, untukmu Rahmat dan Maghrifah, airmata taubat, dendangan tadarus, selimut tarawih dan bantal tahajjud! Moga mewarisi jannah! Selamat menyambut ramadhan al-mubarak – (Anne Yusoff)

3. 1 hari lagi Nafas ini menjadi tasbih, 1 hari lagi Tidur ini menjadi Ibadah, 1 hari lagi Doa-doa ini di Ijabah, 1 hari lagi Pahala ini dilipat-gandakan. Tapi itu semua tidak akan terjadi tanpa Maaf tulus ikhlas darimu. Untuk itu, izinkan kedua tapak tangan bertangkup, memohon maaf untuk lisan yang terlanjur, janji yang terabai, hati yang berprasangka dan semua sikap yang menyakitkan. Andai semua Harta adalah Racun, maka Zakat penawarnya dan jika seumur hidup adalah dosa, maka taubatlah ubatnya, jika seluruh bulan adalah Noda, Maka Ramadhanlah pemutihnya. Salam ramadhan al-mubarak. (Zach)

4. Saham ramadhan mula naik bermula semalam.. 1 sunat Allah bagi pahala fardhu, 1 fardhu Allah ganda 70 kali fardhu. Selamat berjihad di bulan ramadhan. Bersama menghapuskan saki-baki riba dalam akaun kita dan keluarga. semoga syurgalah natijahnya. (Lond)

5. jika semua Harta adalah Racun, maka Zakat penawarnya..Jika seluruh Umur adalah dosa, maka Taqwa dan Taubat adalah penghapusnyanya, jika seluruh bulan adalah Noda, Maka Ramadhan adalah pembersihnya. Dan jika Hati adalah Nafsu, maka Puasa adalah pengendalinya. (Nik Raina)

6. Tiada kata seindah zikir, tiada ibadah seindah solat, tiada hari seagung Jumaat, tiada Bulan seindah Ramadhan. Salam ramadhan al-mubarak – (Huzaimy)

7. Jika kesilapan semalam belum terampun, ‘Maafkanlah’. Jika kesilapan hatri ini menyakitkan hati, Lupakanlah’. Jika kesilapan esok mendatang, janganlah di bawa ke akhirat. Inginku mneyusun 10 jari memohon ampun dan maaf. Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubaraq. semoga Ramadhan ini memberi 1000 keberkatan buat kita semua. (Sofia)

8. Setiap detik ku menunggu, ku merasakan penuh kesabaran, setiap detik masuknya bulan ramadhan, kurasakan penuh keinsafan.. Setiap detik ilmu yang kita pelajari, jangan kita lupa gunakan pada bulan yang mulia ini..bulan yang penuh keberkatan. Salam ramadhan (Wari)

9. Ramadhan dah mai Sentiasa lah setting niat, Up grade iman, Down load sabar, Upload Usaha, Delete Dosa, Update Doa & Top-up ilmu, supaya dapatlah redeem plahala banyak2 !! Selamat berpuasa !! ———- Ahad cari Isnin, nak Tanya nampak X Selasa agar ingatkan Rabu bagitahu Khamis supaya x lupe msj kat Jumaat yg Sabtu Puasa !!! Selamat menyambut Ramadhan … Jika semua HARTA adalah RACUN, zakat penawarnya…jika seluruh UMUE adalah DOSA, maka TAQWA & TAUBAT ubatnya…Jika seluruh BULAN adalah NODA, maka RAMADHAN pemutihnya…Marhaban Yaa Ramadhan…selamat menjalani ibadah puasa… (FortAtap)

..of course ada lagi…tapi cukuplah ini untuk sharing..

Iftaar Ramadhaniyah..

Advertisements

Read Full Post »