Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘Home Remedies’ Category

Barang2 dapur yang dah tak diperlukan atau di makan jangan dibuang. Banyak kegunaan2 lain yang boleh dimanfaatkan terutamanya untuk kecantikan dan penjagaan diri. Saya nak berkongsi satu petua yang menarik dan mudah disediakan serta digunakan sekiranya anda kehabisan stok masker atau scrub.

Bahan-bahan:
1 biji tomato (yg dah masak ranum)
3-4 sudu besar bijirin quaker oat
1 sudu besar soy and whey protien powder

Cara Penyediaan:
Hancurkan tomato sehingga lumat, masukkan bijirin quaker oat dan serbuk soy/protien. Adun sehingga sekata dan pekat. Sekiranya terlalu keras boleh letakkan 1 sudu air (atau satu sudu susu segar). Tomato oat-soy protien masker/scrub sudah sedia untuk digunakan.

Cara Penggunaan:
Sapukan rata di seluruh bahagian muka dan leher kecuali bahagian sekeliling mata dan bibir. Biar beberapa ketika sehingga seluruh masker tersebut menjadi kering sepenuhnya.
Apabila telah kering sepenuhnya, ambil beberapa helai facial cotton dan rendamkan di dalam air suam. Lekapkan di muka untuk melembutkan masker. Urut perlahan2 seperti menggunakan scrub. Dan cuci sepenuhnya dengan bersih.

Gunakan 2-3 kali seminggu. Boleh juga digunakan untuk body masker/scrub.

Wajah anda akan kelihatan lebih segar, lembut dan bermaya serta dapat menghilangkan kesan2 kotoran (jerawat, jeragat dan kulit tidak sekata). Tomato berfungsi untuk mencantikkan dan melicinkan kulit.

Selamat mencuba!!

Advertisements

Read Full Post »